Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan 4 SBP 2012

Keputusan pelajar yang berjaya masuk ke Tingkatan 4 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sesi 2012 akan diketahui pada 21 Januari ini sementara keputusan rayuan pula akan dimaklumkan pada 16 Februari 2012. Nanti saya akan update link untuk proses semakan nanti ye.

Pengambilan pelajar SBP sesi 2012 ialah seramai 7,380 orang untuk Tingkatan Satu dan 5,500 untuk Tingkatan Empat. Mereka akan ditempatkan di 63 SBP ketika ini dan sembilan daripadanya merupakan sekolah premier.

Selain itu, Kementerian Pelajaran turut memperuntukkan sebanyak 2,214 daripada 7,400 tempat di SBP untuk pelajar lepasan UPSR daripada keluarga miskin dan luar bandar yang berdaftar dengan program e-Kasih.

Daripada jumlah tersebut seramai 360 pelajar mendapat keputusan 3A, 660 pula memperolehi 4A dan bakinya memperolehi 5A.


Labels: