Mai pekena cempedak goreng mai!!!

Hujan2 macam ni apa lagi nak buat selain menikmati minum petang ye tak? Cik Senah teringin betul nak makan cempedak goreng ni, dapat beli buah cempedak kat pasar terus balik goreng. Emphhhh manis betul isinya, crunchy pula tepungnya tu...Maaf kalau gambar ini menimbulkan rasa kurang senang seperti tertelan air liur dan sebagainya hihi...

Sekarang memang musim cempedak kan? Kalau kat pasar diorang jual yang goreng tu 5 biji RM2 gitu, baik beli sebiji dan boleh makan berkali2 kan...Cik Senah goreng sedikit hangit sebab duk bersilat ngan Adam yang tak sihat sebab muntah2, tadi pergi klinik doctor kata mungkin salah makan atau makanan terdedah kepada kuman, ni dah bagi ubat dah kurang sikit muntahnya...Kepada yang tak sihat tu semoga segera sembuh ya, ujuan kecil dari Allah untuk menguji kita kan...oklah semua sekian bebelan untuk kali ini....

Nyum2, selamat berhujung minggu semua!!!!

Labels: