Tebusan kanak-kanak perempuan dibebas dengan selamat

Polis akhirnya berjaya memujuk suspek, seorang lelaki yang disyaki kurang siuman agar membebaskan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, Fifi Ramadhan, yang diculiknya dengan selamat di Jalan Raja Musa 5, Kampung Baru di sini hari ini.

Suspek juga berjaya ditahan pada pukul 4.10 petang tanpa sebarang kecederaan selepas usaha memujuknya dilakukan oleh pihak berkuasa hampir enam jam.

Kejadian menceroboh masuk ke rumah mangsa berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika mangsa sedang menonton televisyen di ruang tamu di rumahnya bersama lima ahli keluarganya. - UTUSAN


Labels: