Aaron, Siti dan Anuar Hangatkan Pentas ABPBH 2011

Petang tadi telah berlangsungnya sidang media pengumuman pengacara, penyampai trofi dan artis yang bakal membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), di Holiday Villa, Subang. Bertemakan ‘Celebration - Meraikan 25 Tahun Puncak Kegemilangan’, anugerah berprestij ini akan berlangsung pada 8 April 2012 di Arena of Stars, Genting Highlands.

4 nama yang tidak asing lagi dalam dunia pengacaraan, Sharifah Shahira, Raja Azura, Didie Alias dan Zizan Razak telah diberi tanggungjawab untuk mengemudi acara pada malam itu. Gandingan muka lama dan baru ini pastinya menambah kemeriahan anugerah yang sudahpun memasuki suku abad penganjurannya.

Bagi menyempurnakan upacara penyampaian kesemua anugerah pada malam itu nanti, selebriti seperti Adflin Shauki, Datuk Yusof Haslam, Eman Manan, Erra Fazira, Fazura, Nora Danish, Datin Normala Shamsuddin , Datuk DJ Dave, Rosyam Nor dan ramai lagi dipilih membarisi senarai penyampai trofi.

Bersesuaian dengan kegemilangan penganjuran anugerah ini, nama-nama besar bakal mewarnai pentas ABPBH 2011. Selain dari bintang seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dato’ M Nasir, Dato’ Sheila Majid, Anuar Zain, Ziana Zain, Faizal Tahir, Amy Search dan Jaclyn Victor, edisi kali ini turut menampilkan barisan pelakon popular termasuklah bintang Ombak Rindu, Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani tampil membuat persembahan.

Berikut merupakan senarai penuh nama-nama yang terlibat pada ABPBH 2011 yang akan berlangsung pada 8 April 2012 di Arena Of Stars, Genting Highlands.


Labels: ,