Apa bekal anak2 hari ini?

 
 Kue teow kicap lebih hehehhe

Sarapan memang penting untuk kita kan, sebenarnya dah dua hari daku dapat seru untuk masak bekal anak2 ni. Najwa selalu request kue teow, Najiha pulak kadang2 kue teow dan kadang2 nak naget. Untuk tidak menghampakan keinginan anak2 ibu ni, ibu gigih jugakla bangun pukul 5.00 pagi untuk siapkan sarapan kamu ni. Bahan2nya daku memang dah siapkan weekend lepas lagi. Blend onion dan garlic dan letak dalam bekas, simpan dalam fridge, nak guna just campak je dalam kuali kan..Mudah bebenor...

Ini bekal Najwa untuk ke sekolah agama KAFA, kalau petang daku bekalkan RM2 untuk Najwa beli nasi dan naget atau air. Hari2 memang bekalkan air masak, jimat seringgit kan. Itupun kekadang RM1 Najwa beli nasi lemak, RM1 lagi beli eskrem, nak marah jugak, tapi mengingatkan daku tak beri duit belanja kalau ke sekolah agama, daku maafkan jugakla.


 
 Naget Ayamas

Macam bahan tumis seperti ayam dan naget ni awal2 daku dah turunkan dari freezer ke fridge malam tadi. Senang nak goreng sebab dah lembut kan. Bila dah goreng, lebih tadi simpan semula dalam freezer. Dalam 2 hari ni semangat ibu masih berkobar2 lagi hahahhaha...

Abah pulak ke Perak macam biasa, ibu rasa sejak bangun awal setengah jam dari hari2 biasa ni, kehidupan lebih terurus cheh cheh cheh...Susun beg2 sekolah depan pintu, baju sekolah dan kasut. Tidakla kelam kelibut kalau jam dinding menunjukkan jam 7 pagi kan.

Bekal air sorang satu

Macamana pula menu anak2 anda ye? semestinya bermacam2 jenis menu kan, daku wat simple mimple jek, yang ni pon daku limit masa untuk memasak ni dalam 15minit, kalau tak nanti lari plak jadual kan. Emmm rasanya bleh try masuk masterchef nest year ni hahahhaha...Yang penting air tangan ibu tu sendiri kan, selalunya daku bekalkan roti je, tp kalau hari2 roti pon diorang memangla jemu sesangat kan. Setakat ni angin rajin masih kuat bertiup dalam badan ni, kalau datang angin kus2 nanti tak taula, tp janganlah angin tu datang hehehhe....

Oh ye, tentang nama buah di entry sebelum ni kan, daku panggil tu buah tampoi, kalau buah sentul tu kulit dia kuning dan isinya lembut, buah tampoi ni isinya manis dan pejal sikit, heheheh TQ kawan2 sebab meneka ye, ada juga yang memberi jawapan yang betul tu, hyazz, zaikulim, zuraidarahim, bui, kak ieda tahniah!! tapi takde hadiah la hehehe....




Labels: , ,