Bercerai susu kali ini lebih mudah

Nampak pulak bekas jerawat ibu tuh hihihihi

Umum tahu yang Adam Haikal sudah genap 2 tahun pada 14 februari 2012 yang lepas. Jadi genap 2 tahun jugalah Adam mendapat susu ibu dia ni. Walaupun secara eksklusifnya 1 tahun 3 bulan, tapi daku amat gembira dengan pencapaian ini. Jadi hubby dah pesan Adam boleh direntikan perjalanan menenen dia ni hehehe. Biasalah duk tertangguh2 sebab sian memikir dan rasa Adam ni masih kecik lg, yelah dalam Islam pun menyebut susukan sehingga umur mereka 2 tahun sahaja kan.

Masa najiha dulu pun daku nenenkan dia sampai umur 1 tahun 9 bulan je gara2 ibu and abah dia nak gi Bandung tahun 2009 dulu. Kami tak bawak Najwa dan Najiha, diorg daku tinggalkan dengan pengasuh a.k.a jiranku ini. Gigih nak gi shopping ke Bandung meninggalkan anak2, kalau dikenang2 kesian juga tapi pikir kalau bawak anak2 kesian pulak kat diorg penat nak jalan nanti, eh yeke ke memudahkan keje Cik Senah nak shopping? Hiks hiks.....

Okeh sambung pasal si Adam ni, tibalah satu hari tu kat rumah ni, hari Khamis 23/2/2012 cantik plak tarikh ni hihi, daku pergi ke toilet nak membuang, si Adam biasalah kalau ibu takde depan mata dia akan menangis macam hape je kan, sampai membawakkan ke muntah, keluar semua makanan dia, geram sangat ibu dia ni!!!! So daku bgtau Adam, "Malam ni ibu taknak nenenkan Adam dah, amboi buat perangai muntah2 ye, ibu pegi toilet pon nak nangis kenapa?".,. Nak dijadikan cerita memang daku tak bg Adam nyusu macam biasa tu, dia duk merengek minta, tapi tak nanges tau!!! Korang bayangkan dia suk gesel2 sambil merengek manja, daku kuatkan hati, daku slow talk smbil tepuk2 Adam, cakap "Adam dah 2 tahun, dah besar, tak bleh nenen ibu lagi".. last2 Adam TERTIDO!!! alhamdulillah Adam tidur sampai ke pagi tanpa nenen ibunya hihi....

Misi pertama berjaya, so Jumaat tu biasalah keje, pas balik of course Adam akan minta "ibu nak tetek"...daku lengah2kan sambil ambik kertas dan pensil ajak Adam melukis, ajak Adam menengok citer UpinIpin di TV9 jam 6.40pm tu, alhamdulillah Adam tak ingat dah sampai nak ke saat nak tidur tu, hihihi ibu pandai psiko kan, jadi ibu tepuk Adam sambil dukung di bahu ibu, pastu baringkan Adam sambil biar Adam peluk bantal. Abah kata "tengah amik mood nak tidur la tu, takpe biarkan".... Alhamdulillah membawak sampai ke tidur jugak huhuhu...Misi kedua berjaya lagi!!! Hoyey!!!

Sebelum ni pikir nak letak cili sos lah, garamlah kat nenen ni, mcm Najiha dulu2 tapi syukurlah mudah plak time ni, Najiha dulu seminggu tak lena tidurnya, manis betul waktu tu hahaha, walaupun Cik Senah nak naik antu jugak sebab pukul 1/2 pagi terjaga kan tp berkat kesabaran akhirnya terlaksana hihihihi....

Yang penting psiko okeh, pengalaman jugak mengajar daku untuk lebih bertolak ansur dengan anak2...So hari ini genap 5 hari Adam tanpa nenen ibunya, Alhamdulillah malam tadi dah takde dengar "Ibu nak nenen"...Adam tidur atas lengan ibu sambil peluk ibu dia, sayu hati ini...Kamu dah makin besar ye Adam....


Labels: ,