Dokumentari khas Lisa dan Yusry di Astro Ria 25 Februari 2012

Semakin hampir masanya buat pasangan sama cantik sama padan Lisa Surihani dan Yusry KRU yang akan disatukan menjadi suami isteri. Yusry dan Lisa akan diijabkabulkan pada 23 Februari 2012, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada 26 Februari.

Pihak Astro telah mendapat hak penyiaran untuk membawakan kepada semua penonton secara live nanti majlis perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry. Pihak Astro telah membuat 2 bahagian dokumentari khas sebaik saja perkahwinan Lisa dan Yusry selamat dilaksanakan.

Dokumentari Walimatul Urus Bahagian 1 akan ditayangkan di Astro Ria 104 pada 25 Februari Sabtu 10 malam. Bahagian 2 pula akan menyusul pada 3 Mac 2012.


Labels: ,