Gambar Pernikahan Ana Raffali Dan Naim | Tahniah!!!

Tahniah buat Ana Raffali dan pasangannya, beliau nampak sweet sangat2!!!! Suke tgk perubahan Ana dengan pemakaian tudung ni, tahniah!!!

Penyanyi Ana Raffali, 26, akhirnya sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati di sini.

Ana Raffali menerima mas kahwin sebanyak RM11,412 daripada pihak lelaki dan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.Antara barang hantaran yang diberikan oleh pihak perempuan (Ana Raffali) seperti bunga rampai, buah, kek, dompet, kamera, iPad, jam tangan, minyak wangi, sebentuk cincin dan sirih junjung.

Manakala pihak lelaki (Ahmad Aznaim) membalas dengan sirih junjung, coklat, telekung, minyak wangi, manisan dan gelang tangan perak. Kesemua hantaran itu direka dan digubah sendiri oleh Ana.Ana Raffali tampil Cantik dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Ezuwan Ismail dari rona kelabu manakala Naim segak dengan baju Melayu lengkap bersamping dengan warna sedondon dari pereka sama.


Labels: