Gambar Pertunangan Misha Omar

Misha Omar telah pun selamat bertunang pada hari ini dengan seorang juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly.

Pasangan itu bertunang dalam satu majlis tertutup di kediaman keluarga penyanyi itu di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan kira-kira pukul 1 tengah hari.

Misha yang anggun dalam persalinan kurung klasik biru rekaan Syaiful Baharim menerima lima dulang hantaran berbalas lima.

Misha bagaimanapun belum menetapkan tarikh pernikahan mereka namun menjelaskan jika tiada aral melintang akan diijabkabulkan selewat-lewatnya hujung tahun ini.


Labels: