ISTIMEMA MAULIDUR RASUL - Runtuhnya Sebuah Dosa

Minat betul dengan Tiz Zaqyah dan Remi Ishak ni, so kenelah tengok drama ni kat TV3 nanti ye, pada 5 Februari jam 10 malam. Sekarang ni tengok banyak jugak drama yang menggandingkan diorang berdua ni, I like!!!! Hihihi....Jom baca sinopsis drama ni:-



Sinopsis: Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel.

Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.

Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan.

Setelah terjaga dari koma, Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar.

Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.

Pelakon: Tiz Zaqyah, Puteri Fatin, Beto Kusyairy, Remy Ishak, Aziz Singah, Azizah Mahzan, Rahim Razali, Liza Zain.


Remy Ishak pon ada blog sendiri tau, boleh layari http://dakamat.blogspot.com/...mula suke tgk lakonan dia ni masa citer Nurkasih dulu...

Labels: ,