Keputusan Ujian Kesihatan Semalam ^_^

 
Opocot!! Anjat boboi heheheh

Semalam di opis ni ada buat ujian kesihatan untuk semua staff nya. Acara wajib setiap tahun untuk melihat sejauh mana tahap kesihatan kami dan bagi yang mengalami masalah cholesterol atau kandungan glucose yang tinggi, consultation dan rawatan susulan akan dijalankan. Daku ada simpan rekod bagi tahun2 sebelumnya. Yang pastinya berat daku bertambah dari tahun sebelumnya, waaa nangess!!!!


 
 Staff dari Al Islam Medical Centre, Kampung Baru

Memang berdebar giler ngalahkan nak amik keputusan SPM kan, hehehe...sebab daku perasan tahun lepas mmg kuat makan dan selera bertambah2 macam di cendawan tumbuh selepas hujan..mmm memang peribahasa tu takde kaitan okeh..ngeee....Time timbang tu rasa nak cucuk mata semua orang yang memandang, hahahah...malulah sebab aii diet giler2 tapi turunnya idok juge kan...

Selepas masing2 timbang berat badan dan juga amik darah untuk glukose dan kolesterol tu, sesiapa yang resultnya tak memberangsangkan, silalah jumpe consultant ini, sesiapa yang resultnya ok dan sihat walafiat silalah pulang ke pangkal jalan atau mudahnya ke workstation masing2 ngeeee


 
 Syukur daku sihat, so takyah consult

Bila dah berduka tengok result berat tadi tu, daku wat blood test pulak....Tapi takpe, ujian cholesterol dan glukose itu mengubat lara hati ini ngeeee...alhamdulillah berada pada tahap yang baik dan selamat hihihi...BMI pon bagus jugak, berat seimbang ngeeee...seronok sebab walaupun tak mencapai berat idaman tapi kesihatan baik itu amat penting kan kengkawan, ayat pujuk hati ni ngeeee....


 
Result daku tahun 2009

 
Result tahun 2011


Result 2012 huhuhu sihat alhamdulillah


So kesimpulannya yang boleh disimpulmati di sini ialah

Berat (KG)
2009 : 57.7kg
2011 : 60kg
2012 : 61.6kag waaaaa

BMI
2009 : 22
2011 : 22.9
2012 : 23.8

Glukose
2009 : 5.1
2011 : 4.3
2012 : 5.5

Kolesterol
2009 : 4.36
2011 : 4.33
2012 : 4.8

Amalkan gaya hidup sihat okeh!!!
opppsss 2010, bersalinkan Adam 
so time diorang wat ujian kesihatan daku on confinement period hehehhe


Labels: , ,