Laman Sosial Facebook Akan Ditutup Pada 15 Mac 2012?

Timbul lagi satu khabar bahawa laman Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2012 ni. Berita mengenai laman facebook akan ditutup telah menggemparkan pengguna kerana mereka yakin agak sukar untuk hidup tanpa Facebook.

Punca Facebook ditutup hanya kerana Mark hendak bersara dan pelbagai lagi alasan. Sebenarnya, isu Facebook ditutup ini sudah lama dan disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Pada tahun 2010 dan tahun 2011, pengguna telah dikejutkan dengan khabar angin Facebook akan ditutup pada 15 mac untuk selamanya. Namun, tiada apa yang berlaku. Mark Zuckerberg selaku pencipta facebook menyatakan dakwaan itu tidak berasas sekali kerana facebook adalah aset kekayaannya sehinggakan digelar jutawan paling muda.

Oleh itu, pengguna tidak perlu risau kerana tiada sebab untuk Facebook ditutup pada 15 Mac 2012 ni.


Labels: