Lutut Najwa terkoyak di Nilai 3

Tidak sesuai untuk tontonan ibu hamil ye


Tengok tajuk tu pasal apa pulak lutut sampai terkoyak pulak di Nilai 3 ni kan. Ngeri memang ngeri!!! Selama 7 tahun bergelar ibu ni tak pernah melihat kejadian berdarah seperti ini. Semalam pas kenduri di Melaka tu singgah pula di Nilai 3 meneman kakak dan adik shopping. Dalam duk pada menengok2 kain cotton kat situ, anak2 kecik bersama sepupu2 mereka ni berlari rianglah kekdahnya.


Seriau tengok


Pastu si Najwa kan dengan kain baju kurung tu berlari2 kan, hahhhh tetiba jatuh depan kedai. Lutut dia tu kene pulak penjuru atau biku tangga tu, tajam tau biku dia tu. Najwa kata aduhh ibu!!! tak boleh bangun ni!!!
bila selak kain dia tu, tu dia!!!! luka panjang dan berdarah. Panik tau tengok luka mcm ni...


Aduiyaiii

Terus daku tak jadi nak shopping dan meminta diri awal untuk pulang ke klinik yang berdekatan dengan rumah ku di Gombak. Kakak dan adikku meneruskan kerja2 mencuci mata mereka tu, dengar2nya beli kain cotton sampai 5 pasang ko!!!! amboi hebat ko bershopping ye lin, jeles Cik Senah ko ni hehehehhe..najwa tak menangis pon, sakitnya tu mesti sengal2 kan. Ibu geram jugak tadi, lari2 jek, bila dah kene mcm ni tau pulak mengadu sakit kan. budak2 mcm tulah...


Najwa yang takut kene stitch

Bila doctor tengok luka najwa ni, doctor kata tak payah jahitlah ni, sikit je ni, just tampal skit je katanya, daku lega sangat bila doctor kata mcm tu, takdelah anak dara saya ni maraung nanti hehehhe…Pastu najwa kene sekolahlah dengan ibu dia, tulah lenkali jangan lari2 lagi, itu kene lutut, kalau kene mata or muka mcmana? Najwa diam jek, menjawab pon ye hahahha


Dah settle

Syukurla tak teruk lukanya tu, nak tau tak? Pas sampai umah tu ada hati lagi nak main beskal tu, hah kene ceramah lagilah dengan ibu dia, Najwa terus tunduk masuk umah dan mandi hehehhe…Ini anak dara, tak taulah anak teruna saya tu bila dah melasak nanti…

Labels: