Mode sedih | Jam kesayangan hilang

Allahuakbar, pagi ni nak pegi keje baru sedar my lil watch ni takde, sedihnya, dah geledah beg, atas meja, bawah sofa...semua takde..ceritanya macam ni...

Semalam daku keluar visit ke Negeri Sembilan dan Melaka. So habis lawatan tapak dalam pukul 7.40 malam, penatnya usah katalah huhuhu. Jadi my opismate hantar daku di opis hubby di Kuchai Lama, KL. Daku tak bawak kete semalam sebab visit tu tumpang kete opismate ni. Bila dah tengok waktu Maghrib wajiblah menunaikan Rukun Islam ke 2 ini. Singgah di Petronas, dalam pada kalut-kalut tu asyik teringatkan anak2 di rumah pengasuh. Kesiankan diorang. 

Waktu itulah mungkin my lil watch tu tertinggal di tempat wuduk tu...Jam tu sebenarnya taklah mahal mana, tapi ada sentimental valuenya. Daku beli jam ni tahun 2009, ini hasil gaji waktu bekerja di company IT sebagai accounts executive. Waktu tu duit gaji 4 bulan tertunggak, bayangkan macamana nk survive tanpa gaji kan, hubby lah yang banyak sangat membantu. Bila dapat gaji 4 bulan tu, rasa macam dapat bonus. Jadi untuk kenangan daku belilah jam Seiko yang berharga RM350.

Hari ini daku akan cuba call Petronas tu untuk kepastian adakah jam itu tertinggal di sana, kalau ada rezeki jumpelah, kalau tak, daku reda dengan takdir ini. Takpe jam boleh diganti kan, kalau nyawa memang tiada gantinya.

Hari ini daku akan cuba blogwalking di blog2 peneman setiaku, maaf semalam memang tak sempat langsung nak jengah blog kawan2. TQ sudi baca....Tapi hati daku tetap ceria sebab kawan2 semua masih ada...itu laaaagiiiiii penting kan?? ;)



Labels: ,