Movie CUN | Best sangat citer dia ni tau

 Movie CUN

 Malam tadi duk layan Movie "CUN" ni yang ditayangkan di ASTRO Citra Saluran 131. Movie ni start jam 10 mlm dan abis kul 12 tghmalam. Daku kan memang minat ngan Remy Ishak ni kan. So memang tak nak miss tengok citer ni. Padahal movie ni ditayangkan di pawagam pada bulan March 2011 tak silap. Tak berkesempatan nak tengok di pawagam. So bila ditayangkan di ASTRO ni gagahkan jugaklah bersengkang mata nak menunggu sampai kul 12 tu hehehhe...


 Maya Karin yang cun

Tapi memang best sangat2 tau. Lakonan Remy Ishak, Maya Karin, Faizah Elai ni memang bersahaja. Memang layanlah tengok citer ni. Najwa pon tengok sampai citer ni habis. Bila disuruh tidur taknak katanya citer ni best hehehe...tengoklah pulak view citer ni kat kawasan sawah bendang yang menghijau tu kan...Sejuk mata memandang...Abah memanglah tak layan citer ni. Huhuhu...Sudahnya pagi tadi ibu bangun dengan kemengantukan tahap gaban. Sempat goreng naget je untuk bekalan anak2 ibu gi sekolah huhuhu....



 Suke tengok lakonan Remy Ishak ni

So daku selitkan jugak sinopsis movie ni..so sapa2 nak tengok, bukaklah youtube di rumah anda ye hehehe...Luna Latisya seorang pengacara terkenal, merupakan tunang kepada artis popular Ryan Hidayat. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukannya menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair.


Faezah Ilai yang bersahaja

Sebagai kejutan hari lahir Ryan, krew Meletops dan Luna telah pun ke rumahnya untuk membuat kejutan. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala.


 View dia cantik giler

Luna berang dan kecewa lalu terus pergi meninggalkan Ryan bersama pembantu peribadinya, Tom. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.


 Bestnya dapat mendi sungai kan

Keesokan harinya kereta mereka di temui sepupu Tom, Atan. Atan membantu mereka berdua untuk pulang ke rumah nenek Tom. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Adakah cinta Luna dan Atan terpaut sewaktu perkenalan itu atau Luna memaafkan Ryan dan memilihnya semula. Segalanya akan terjawab apabila anda menonton Cun!.

Labels: ,