Produk Terbaharu Siti Nurhaliza Boleh Kurangkan Stres

Sebagai pengasas kosmetik yang peka dengan keperluan wanita, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cuba mengurangkan tekanan golongan itu menerusi produk terbaru daripada SimplySiti iaitu Dermagic Beauty Moisturiser: Youthful, Fairness & Stress-Free Skin.

Siti yang merupakan Presiden bagi produk tersebut berkata, keluaran terbaharu berkenaan terdiri daripada set penjagaan kulit yang pertama di Malaysia menggunakan campuran Advanced Hydro-Cologen, Korean Plan Stem Sel dan Endorfin.

Bahan-bahan itu boleh meningkatkan perasaan gembira kepada si pemakai.

"Ini merupakan produk pertama di Malaysia yang menggunakan Plant Endorphin. Ia mampu membangkitkan rasa gembira kepada badan. Produk ini juga lain daripada yang sudah berada di pasaran.

"Sebelum mengeluarkan produk ini, kami telah membuat kajian kepada 50 orang wanita daripada pelbagai bangsa dan umur selama dua minggu. Dan Alhamdulillah, respons yang diberikan sangat positif.

"Mereka gembira dan sangat berpuas hati selepas menggunakannya. Itu adalah kelebihan Der'Magic kerana ia mampu membangkitkan perasaan gembira kepada si pemakai," katanya pada majlis pelancaran Dermagic di Sunway Hotel Resort & Spa, di sini, malam Khamis.

Tambah Siti, selain menaikkan perasaan itu, ia juga membantu untuk melambatkan penuaan kulit serta menyerlahkan wajah dan pada masa sama produk tersebut dapat mengecilkan saiz pori.

Rangkaian produk kecantikan SimplySiti Dermagic merangkumi lima produk iaitu Dermagic Beauty Moisturiser, Intensive Serum, Complete Eye Cream, Purifying Scrub dan Relaxing Mask.

Ia boleh didapati dengan harga bermula daripada RM25 hingga RM70 di semua rangkaian SimplySiti di seluruh Malaysia serta Brunei.

Labels: ,