Rayuan BR1M Dilanjut Hingga 15 Mac

Rayuan bagi mendapatkan duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan dilanjutkan sehingga 15 Mac 2012, jadi kepada para pemohon tidak tersenarai sebagai penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) boleh lah mula membuat rayuan semula sehingga 15 Maca nanti.

Anda hanya perlu dapatkan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, laman web www.treasury.gov.my atau download sahaja borang itu di sini.

http://www.treasury.gov.my./pdf/br1m/rayuan_BR1M.pdf

Keputusan samada layak atau tidak akan diketahui oleh pemohon melalui pos. Pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar diadakan.

Satu talian hotline bagi menjawab persoalan dan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Bantuan Tunai RM500 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diumumkan pada 7 Oktober 2011 yang lalu telah disediakan seperti berikut:

Talian hotline : 1-800-222-500 (Bebas Tol)

Waktu operasi : 9.00 pagi hingga 5.00 petang (hari bekerja)

Emel : belanjawan2012@treasury.gov.my


Labels: ,