Siri animasi muzikal terbaru ~ Ummi... Ceritalah Pada Kami



Bila baca berita tentang animasi terbaru terbitan Syarikat produksi Nora dan suaminya, Komposer Johan Nawawi ni rasa macam seronok sebab ada jugak animasi yang berunsurkan islamik yang bagus untuk tontonan kanak2 kan. Nampaknya Nora dan suami mengorak selangkah lagi dalam bidang menerbitkan siri animasi pulak ye. Siri animasi ni ada 26 episod yang bakal bersiaran sekitar bulan Jun 2012 nanti, TV mana? itu tidak pasti lagi ye. Tapi yang pasti daku seronok sebab ada slot kartun yang baik untuk tontonan anak2 ku nanti.



Selain telah menghasilkan album nasyid untuk kanak2, mereka juga hadir dengan siri animasi kanak2 berunsur islamik kan, daku puji sikap beliau ni. Ini adalah cara untuk mendidik anak2 kita untuk cintakan Islam kan. Sebab takut tgk dengan masalah gejala sosial yang semakin meruncing skrg ni kan. Mintak jauhkanlah hendaknya. Tak sabar nak menontonnya kan....




Labels: ,