Sistem Daftar Pemilih (Pengundi) SPR Secara Online Malaysia

Kepada yang masih lagi belum mendaftar sebagai pemilih atau pengundi untuk melayakkan diri mengundi dalam pilihanraya akan datang, anda boleh mendaftar melalui kaedah ini.

Syarat Sebagai Pemilih

Warganegara Malaysia
Sudah mencapai umur 21 tahun
Menetap di mana-mana Bahagian Pilihan Raya di Malaysia

Cara Pengisian dan Penghantaran Borang A

1 – Sila pilih jenis Borang A sama ada dari Parti Politik atau Wakil Jabatan atau Individu

2 – Daftar mengikut alamat terkini di JPN

3 – Pastikan Borang A diisi dengan betul. Sila download borang A di sini

4 – Hantar sendiri borang permohonan ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau melalui Penolong Pendaftar SPR

5 – Sila kepilkan salinan MyKad semasa menghantar permohonan

6 – Simpan satu salinan borang berkenaan sebagai bukti pendaftaran anda;

Semakan Pemilih secara Online
Sila layari Semakan Daftar Pemilih
http://daftarj.spr.gov.my/NEWDAFTARJ/

Labels: