Tarikh Kemaskini Permohonan Matrikulasi Sesi 2012/2013

Kepada calon SPM yang memohon untuk mengikuti Program Matrikulasi Ambilan 2012/2013 diminta menyemak dan mengemaskini maklumat tambahan borang permohonan melalui Aplikasi Semakan Permohonan secara online. Bahagian Matrikulasi KPM akan membuka permohonan untuk mengemaskini borang permohonan mulai pada 06 Februari 2012 hingga 20 Februari 2012.

Kemaskini boleh dibuat melalui laman sesawang http://apps.moe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini. Untuk mengemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor angka giliran SPM sahaja.

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4083 / 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).


Labels: