Budak-budak kan memang suka main pasir

 
Adam main sesorang

Bukan pasir pantai dan pasir kat rumah tu, tapi pasir warna-warni tu...Ini cerita sabtu lepas, pegi ke Tesco sebab nak cari susu budak2. Dapatlah susu Dugro RM19.65 sepek. Padahal Ahad tu ada promosi Dutch Lady RM18.89 kat Giant...Huhuhuuh kiciwa sebab hubby takmo pegi Giant beli susu. Takpelah hopefully ada lagi promo dalam masa terdekat. So bila dah pegi Tesco tu kan ada mainan yang besar punya tu kan, kene bayar RM5 untuk budak2 sekali masuk.


Najwa

Pastu Najwa dan Najiha teruja nak main pasir kaler2 tu. Very the kreatif bebudak ni. Walaupun tak pernah main benda alah ni, memasing nampak dah terror sangat. Senang je kan, bukak je sticker tu pastu just tabur je pepasir berwarna kat tmpt berkenaan.

 
 
Najiha

 
Khusyuk betul memasing wat mende ni, sampai dipanggil makan kat food court tu pon takmo. Sudahnya ibu ngan abah makan dengan tenangnya, anak2 memain dengan riangnya hehehehe....Lama jugak nak tunggu diorang menyiapkan mende ni, yelah stickernya pon besar.


  Adam duk sibuk main mende ni je, syukurlah tak sibuk naik main pasir jugak, kalau tak haru jugak sebab Adam mana reti wat mende ni lagik..Kot dimasuk dalam mulut tu kang haru jugak dibuatnya.


 

Taraa inilah hasilnya setelah hampir sejam di sini. Seronok korang ek, tapi ibu punya tak sabar, siap tolong lagi anak2 wat mende ni, mana taknya dah pukul 10 malam kan, mana bleh tunggu sebab nak layan Cerekarama kat TV3 kan kih kih kih..Pastu balik umah simpan elok2 sebab nak letak dalam frame dan letak dalam bilik diorang.

 

Labels: , , ,