Cuti sekolah | Dapur pun cuti juga

 
 Cuti memasak bagiku, tapi tidak bagi surirumah sepenuh masa kan...


Bila cuti sekolah tiba, bagi daku ibu bekerja ni rasa relax sangat..Of course waktu yang paling liat sekali adalah nak memasak bekalan pagi anak-anak nak ke sekolah. Bangun seawal 5 pagi masak kue tiew kegemaran Najwa. Hari2 pon takpe tanpa jemu. Takpelah janji Najwa nak makan, ibu sanggup nak...Najwa bukanlah "pemakan" orangnya. Kalau Najwa mintak makan tu baiklah disediakan. Mesti anak2 kawan2 pon macam tu jugak kan??? Ada yang kuat makan, ada yang susah nak makan sayur dan macam2 ragam lagilah..

Waktu cuti ni daku bekalkan roti dan biskut kepada pengasuh. Anak2 kalau dah tak sekolah tu mesti nak mengunyah aje kejenya. Kalau tengok kat rumah kita macam tu, kat rumah pengasuh mestilah serupa itu jugak kan. Daku jugak bekalkan buku untuk diorang mewarna dan menulis. Ada jugaklah aktiviti daripada berkelahi sesama diorang tu hehehhe...

Tapi bagi surirumah sepenuh masa, cuti sekolah adalah waktu yang paling pack untuk mereka. Daku paham, anak2 attached dengan kita, nak memasak, mengemas, basuh kain, sidai kain, lipat kain, mengelap air yang tumpah, nasi yang berterabur hehehhehe....Takpe penat dan keringat kita itu akan dibalas berlipat kali ganda oleh Allah.


P/S : Cuti sekolah ni korang tak kemana2 ke?
 

Labels: