Dengarnya Irma Hasmie Bakal Bertunang 27 Mac Ini

Tahun 2012 ni ramai betul artis-artis yang bertunang dan melangsungkan perkahwinan. Dan yang terbaru, pelakon dan juga pengacara cantik iaitu Irma Hasmie dikhabarkan bakal mengikat tali pertunangan pada 27 Mac 2012 ini.

Majlis pertunangan mereka bakal dilangsungkan di kediaman pihak perempuan di Sungai Buloh, Selangor. Turut difahamkan, bakal tunangan Irma berjaya memikat hati pelakon filem ‘Kuliah Cinta’ ini ketika mereka ke tanah suci Mekah tidak berapa lama dahulu.

Jika berita yang diterima ini benar, tahniah diucapkan kepada Irma Hasmie. Semoga hubungan yang dibina berkekalan untuk selama-lamanya. Amin.


Labels: ,