Dr. Love Aaron Aziz | Bakal mewarnai slot di Radio Era

AARON Aziz, 36, kini beralih arah dengan menjadi penyampai radio? Bukan mengikut trend rakan-rakan artis yang lain seperti Aznil Nawawi, Salleh Yaakob, Nabil, Johan Raja Lawak dan Zahid AF yang menjadi penyampai radio, sebaliknya hero filem Ombak Rindu itu bakal mempunyai slot sendiri untuk merungkai segala masalah cinta pendengar radio yang dikenali sebagai Dr. Love!.

Tawaran itu datang dari stesen radio terkenal, Era FM di bawah syarikat yang sama menawarnya kontrak sebagai artis naungan iaitu Astro.

Enggan menolak peluang keemasan yang diberi di depan mata, Aaron mengakui teruja dengan tawaran tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungjawab yang diberi dengan menjawab sebaik mungkin terhadap segala masalah yang diutarakan pendengar radio.

"Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam.

"Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin," ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang akhbar Sepetang Bersama Tiga Artis Naungan Astro iaitu Aaron Aziz, Johan dan Zizan Raja Lawak di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.


Labels: ,