Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia | 1MISF 29 Mac - 1 Apr di PWTC



KUALA LUMPUR: Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF) yang diadakan sejak dua tahun lepas, telah dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Malaysia bagi memantapkan lagi kedudukan festival itu di mata dunia.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata menerusi langkah itu, 1MISF kini menjadi antara program rasmi kementerian yang perlu diadakan setiap tahun.

"1MISF yang berlangsung pada bulan Mac sudah dimasukkan dalam kalendar pelancongan, menjadikannya sebagai satu daripada program keutamaan kementerian selain Citrawarna Malaysia, Festival Seni Komtemporari dan Food festival yang diadakan pada Mei hingga Disember setiap tahun," katanya pada sidang media pelancaran festival itu, di sini Selasa.

Hadir sama Duta Pelancongan dan pereka kasut tersohor dunia Prof Datuk Dr Jimmy Choo dan Presiden Persatuan Pengilang-pengilang Kasut Malaysia (MFMA) Tony Ting.

Bakal dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, 1MISF yang dianjurkan secara bersama oleh Kementerian Pelancongan dan MFMA akan berlangsung dari 29 Mac hingga 1 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.


Labels: