Gambar Scha Al-Yahya Dengan Gaun Pengantin | Sweet!!

KUALA LUMPUR, 14 MAC 2012: Kala aktres bernama Scha Al-Yahya menghitung hari menanti tibanya hari bahagia tidak lama lagi, kala itu jugalah dia disapa manja oleh pereka fesyen muda berbakat besar Syaiful Baharim bagi merealisasikan sembilan persalinan pengantin istimewa.

Scha Al-Yahya tampil mempersona dalam sembilan wajah dan rasa gaun pengantin ciptaan Syaiful Baharim yang tercerna di atas fabrik lace Perancis, taffeta dan bulu-buluan mewah bersama signature ribbon ciptaan eksklusif bagi mewarnai koleksi perkahwinan Syaiful Brides 2012.

Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, pemilihan Scha Al-Yahya bertepatan sekali dengan mood perkahwinan yang ada di dalam jiwa dan raga pelakon berkenaan untuk menjadi persembahan kepada setiap bakal raja sehari.

"Lihat saja mood yang dilahirkan Scha Al-Yahya dalam setiap persalinan koleksi Syaiful Baharim kali ini. Mood Scha Al-Yahya ketika duduk, kala menunggu di bilik pengantin nampaknya cukup memberi kesan mendalam.

"Kehadiran Scha Al-Yahya sesuai dengan transisi kehidupannya yang bakal melangkah ke alam perkahwinan dan juga Syaiful Baharim yang baru saja memulakan bab baru dalam dunia rekaan fesyen adi busana tempatan.

"Pendek kata, antara Scha Al-Yahya dan Syaiful Baharim, mereka sama-sama saling memerlukan dalam merealisasikan koleksi perkahwinan ini," katanya.





Labels: