Info Perhimpunan Penjawat Awam 8 Mac 2012

Berikut adalah maklumat berkenaan perjumpaan penjawat awam yang akan diadakan pada 8 Mac 2012 ini. Pelbagai spekulasi tentang pemgumuman SBPA 2012 dimainkan. Selagi keputusan tidak diumumkan sendiri oleh PM Dato’ Seri Najib, selagi itu lah penjawat awam tidak senang duduk.

Dari 12 Mac, tarikh perhimpunan penjawat awam (Cuepacs) dikatakan berubah kepada 19 Mac 2012. Kini yang terbaru disebarkan adalah katanya tarikh perhimpunan ini dipercepatkan kepada 8 Mac 2012.

Perhimpunan Penjawat Awam bersama YAB Perdana Menteri Malaysia akan diadakan pada:

Tarikh : 8 Mac 2012
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Perdana, Dewan A dan Dewan B Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Semua penjawat awam di seluruh Malaysia dijemput hadir bagi mendengar satu pengumuman penting yang akan disampaikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak. Jadi pada sesiapa yang rasa dah memang tak sabar nak tunggu berita tu, silalah hadirkan diri sendiri kesana pada tarikh dan masa yang berkenaan.


Labels: