Mode happy | Semalam si kecik ni datang rumah

Muhammad Zarif

Semalam Muhammad Zarif datang rumah dan bermalam di sini. Si kecik ni baru berusia 28 hari, disahkan menghadapi masalah usus yang mana sukar untuk membuang air besar dan kecil. Zarif di masukkan ke NICU, Hospital Temerloh pada hari Ahad (25.02.2012) yang lepas, tetapi prosedur untuk membetulkan usus Zarif tidak dapat dibuat di sana akibat tiada kepakaran dan kelengkapan di situ. Jadinya Zarif direfer ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Zarif di operate pada Malam Ahad itu jugak jam 12 tengahmalam.


 
Alhamdulillah operation Zarif berjaya

Kemudian selesai pembedahan, Zarif di monitor di HKL sehinggalah semalam, Zarif dibenarkan pulang. Alhamdulillah si kecik telah sihat dan boleh membuang air besar dan kecil seperti orang normal. Zarif akan pulang ke Pahang dengan ibu bapanya hari ini. Malam tadi dapatlah pegang dan tukarkan baju dia, geram sangat sebab baby tecit ni baunya wangi sesangat ehhehehe....Syukur sebab semuanya dah selamat...

Labels: