Pameran Bonsai Dan Orkid KL 2012 | 23-27 Mac

Bagi mempromosikan Taman Botani Perdana kepada pengunjung tempatan dan luar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Pameran Bonsai dan Orkid Kuala Lumpur 2012 di taman itu, bermula 23 hingga 27 Mac ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pameran julung kali itu sempena penganjuran Formula Satu (F1) di Sepang dan kehadiran pelancong dari luar di harap akan dapat memeriahkan lagi acara itu.

Menurutnya, ini adalah aktiviti pertama yang diadakan di taman itu sejak dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 28 Jun tahun lalu dan pelbagai acara menarik disediakan bertujuan memberikan pendedahan mengenai bonsai dan orkid kepada pengunjung.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik disediakan meliputi keseluruhan peringkat umur seperti pertandingan grafiti bertemakan flora, pertandingan melukis dan mewarna, persembahan kebudayaan, pertandingan gubahan dan pelbagai lagi aktiviti lain.


Labels: ,