PNB umum dividen 6.5 sen untuk Amanah Saham Malaysia (ASM)

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), hari ini mengumumkan dividen 6.5 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan itu adalah lebih tinggi daripada 6.38 sen seunit yang dibayar tahun lalu.

Beliau berkata, pengagihan pendapatan ini akan membabitkan pembayaran berjumlah RM820.24 juta, meningkat sebanyak 8.6 peratus berbanding RM755.05 juta yang dibayar tahun lalu.

Katanya, pembayaran itu akan dinikmati oleh 546,341 pemegang unit yang kini memegang 12.62 bilion unit ASM.

"Hingga 21 Mac, ASM mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM978.32 juta. Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM774.77 juta atau 79.2 peratus pendapatan kasar," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di sini hari ini.


Labels: