Polis Sahkan Mayat Rentung Adalah Dirang | Takziah

JOHOR BAHARU: Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin hari ini mengesahkan mayat rentung ditemui di Nusa Damai, dekat Seri Alam pada 8 Mac lalu sebagai kanak-kanak malang yang dilaporkan hilang sebelum ini iaitu Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau lebih dikenali sebagai Dirang.

Beliau berkata, hasil ujian DNA yang dijalankan terhadap mayat berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia pada Isnin mengesahkannya.

"Berdasarkan pemeriksaan dijalankan di tempat kejadian, kami menemui serpihan tulang dan berjaya mendapatkan sampel DNA yang kemudiannya dihantar ke makmal dan sepadan dengan DNA ibunya," katanya kepada pemberita di sini, Isnin. -BERNAMA


Labels: ,