Ribuan Pelancong Serbu Lihat Rumah Terbalik Di Sabah

KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah.

Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai.

Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini.

Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik.

Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.


Labels: