Rumusan Perhimpunan Khas Penjawat Awam 8 Mac 2012

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Antara kandungan Perhimpunan Khas Penjawat Awam 8 Mac 2012

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.

2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.

3. Pelaksanaan gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.

4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.

5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.

6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.

7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.

Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:

1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.

2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.

3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.

4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara.


Labels: , , ,