Saya buat kek ni? Boleh caya ke?

Santek kan?

Korang percaya ke kalau daku kata daku yang buat kek cantik ni? Mesti ada yang was2 justeru mual2 kan? hahahha.....Ayat tak boleh blah..Seriusly daku pandai makan kek je, buat? Belum pernah lagi sepanjang hidup selama 30 tahun ni kih kih kih....Kalau beli tu memang tiap2 tahunlah wajib kan sebab nak buat tu dah malas tahap gaban.


Sila lawati tudunglina.blogspot.com

Sebenarnya ini kakakku yang bikin, daku tengok terus rasa terpegun sangat2 sebab kesantekannya itu yang bikin tangan terus capai phone dan grab gambar2 ni. Kakakku ini memang kreatif orangnya, pandai buat bisnes, dari menjahit baju, tudung, buat kuih raya, buat kelas memasak, segala macamlah boleh, bak kata orang tua2 sesuai sangat dijadikan menantu hehehe....sebab tu dia dah kawen ehhhh meraban pulak hahahha


Kek kawin 2 tingkat 

Sebenarnya kek ini masih dalam proses pembinaan ehh macam wat projek rumah teres pulak hehehhe...kek ni 2 tingkat sebenarnya, masa daku amik gambar ni kakakku masih membuat setingkat tu lagi. Tapi almaklumlah bila anak2 buah ramai dah tengok kek ni terus kene serbu...hahahha mekasihlah makngah sebab bagi kami makan kek ni, dahla mak ngah kene buat kek lain ye dak hehehheheh....


Sapa nak tempah silalah ke tudunglina.blogspot.com

Bak kata kakakku sesiapa yang teringin justeru mahu menempah kek ini darinya, amatlah dialu2kan. Rumah kakakku ini berdekatan dengan UIA Gombak, sesiapa yang terdetik rasa ingin makan kek sila jangan segan silu ke blog beliau, maaflah adik dia tahu makan je, kalau korang tanya daku pasal bahan2 ke memanglah daku ni kaki bangku bab2 ni hehehhehe


Macam istana pulak kekdahnya hahahha

Harga yang ditawarkan amatlah berpatutan, sesuai dengan harga bahan2 yang digunakan plus kos tenaga kerahan dan kekreatifan beliau. Jadi apa tunggu lagi? renung-renungkan dan silalah buat tempahan hehehhehe....

P/S : Cuti sekolah dah bermula, jalan amatlah tenang sekali, tapi yang pasti kami tak kemana2 cuti ni, biasalah abah kan keje, nak plak tiap2 minggu outstation ke Perak kan.

 

Labels: