Setem Ombak Rindu Edisi Khas 2012

Filem Ombak Rindu menjadi filem tempatan pertama diabadikan dalam bentuk setem edisi terhad. Koleksi Setemku edisi terhad, terdiri daripada album setem dan set folder itu berbentuk album setem 24 muka surat berharga RM199mengandungi enam helai setem peribadi berjumlah 48 keping, 11 keping poskad babak-babak filem tersebut, bersama DVD filem berkenaan.

Set folder pula berharga RM59.90 mempunyai gambar babak filem tersebut. Pakej setem itu yang dihasilkan dengan kerjasama Pos Malaysia, Tarantella Pictures dan Astro Shaw Sdn, merupakan usaha pertama melibatkan filem tempatan.

Filem percintaan yang diadaptasi daripada novel tulisan Fauziah Ashaari itu berjaya mencatat kutipan lebih RM10 juta, yang memberi inspirasi kepada Pos Malaysia menghasilkan keluaran tahunan setem istimewa ini. Koleksi setem itu mula dijual melalui portal talian PostMe www.postme.com.my dan di 14 cawangan Pos Malaysia terpilih hari ini.


Labels: