Sinopsis Semadikan Aku | Slot Cerekarama TV3


Tadi tengok promo citer ni, macam best je, macam seram pon ye jugak...so jangan lupe nonton ye hehehehe....

Drama yang mengisahkan tentang Sani dan keluarganya yang dalam perjalanan pulang ke kampung. Dalam suasana sunyi, Sani ditemani oleh radio yang dipasang kuat dikala isterinya sedang nyenyak tidur bersama anak mereka. Di tepi jalan, sani melihat seorang wanita mendukung sesuatu menahan keretanya. Di fikiran Sani perempuan itu nampak normal, tiada yang pelik. Wanita tersebut meminta pertolongan untuk menumpang ke kampung sebelah, dia memperkenalkan dirinya sebagai Saleha. Tiba di satu simpang, saleha minta diturunkan. Sani sampai di rumahnya, tanpa berlengah dia menceritakan peristiwa yang baru dilaluinya tadi. Semua sepupunya terkejut. Menurut mereka, sudah ramai diganggu oleh wanita berkenaan. Apakah yang bakal berlaku ke atas Sani seterusnya?

Lakonan Sein Ruffedge, Siti Saleha, Hanezs Suraya, Azri Iskandar.


Labels: ,