Sinopsis Usin Bunga | Slot Cerekarama TV3

Promo Usin Bunga

Cerekarama sabtu ini (24 Mac 2012) bertajuk Usin Bunga. Drama ini mengisahkan Usin seorang anak yatim tinggal bersama ibu saudaranya. Usin seorang penganggur dan peragut tegar. Pada suatu hari, dia nekad untuk meragut 10 mangsa dengan harapan dapat mengumpul RM1,000 untuk membayar sewa tapak pasar malam. Dia meragut bersama rakannya, Sahak Sekinchan. Mereka berdua berjaya meragut dengan cemerlang 9 mangsa tetapi masih kekurangan RM300.


Zizan Raja Lawak

Usin dan Sahak menuju ke sebuah kilang untuk meragut mangsa terakhir. Mereka berdua ternampak seorang makcik berjalan pulang dan dengan tangkas Usin dan Sahak meragut beg tangan makcik tersebut. Selepas meragut, Usin memeriksa beg makcik itu dan telah jatuh hati terhadap anaknya bernama Ju. Apa yang bakal dilakukan oleh Usin seterusnya? Pelakonnya adalah Zizan Raja Lawak, jadi jangan lupe temujanji anda ye hihi


Menariknya CelcomXperiaS HD ni!!
Jazz Hybrid test drive



Labels: ,