Sudah punya domain sendiri | ajumohit.com



Sudah berpikir2 dengan semasak2nya untuk menukar domain ni. Saje nak cuba beralih angin. Kadang2 dalam hidup perlu ada peningkatan ke arah yang lebih baik kan. Daku ada bagitau di entry sebelum ini tentang domain ni.. So semalam daku dah hubungi pihak NetKL Network untuk beli domain ini. Dengan membayar RM38 subscription untuk setahun. Hosting masih menggunakan hosting blogger, hanya tukar nama domain sahaja.

 
www.ajumohit.com

Info ini dari www.jamaluddin.net. Kelebihan Memiliki Hosting dan Domain Sendiri. Diantara kelebihannya ialah :-

1) URL pendek, senang ingat dan mudah ditaip

Jika korang hendak memilih nama domain sendiri, pilihlah yang pendek supaya ia memudahkan pembaca dan pelawat blog kita mengingatinya. Contohnya macam blog nie Jamal gunakan nama sendiri sebagai identiti iaitu jamaluddin.net. Ringkas dan pendek je kan.

Jadi ianya tidaklah menyusahkan pembaca dan pelawat seperti untuk menaip jamaluddin.blogspot.com. Kan panjang URL lama tue.

2)Mesra SEO

Dalam entry yang lepas Jamal dah bagi tips untuk meningkatkan traffic dengan SEO nie. SEO ialah Search Engine Optimization. Ianya ialah search engine seperti Google, Yahoo, Bing dan yang lain-lain.

Search engine nie akan dapat scan/crawl blog yang pendek dan ringkas dahulu seperti yang pakai domain sendiri nie. Kerana jika korang gunakan subdomain, banyak halangan nye bagi Search Engine tersebut untuk mencari blog anda.

Bayangkan lah blog korang menggunakan subdomain blogspot.com. Berjuta orang guna blogspot.com. Jadi, blog anda dimana?, keberapa?, Lagi la kalau blog-blog baru tue, pasti susah untuk tawan traffic dengan teknik SEO nie.

3)Blog korang kepunyaan korang 100%

Ini khas untuk mereka yang pakai domain dan hosting sendiri la. Korang tak perlu risau sape-sape nak delete or sabotage blog korang sebab korang mamakai hosting sendiri kan. Korang nak buat apa-apa kat blog korang pun semua boleh. Tak payah risau google akan blocked or banned blog/account korang. Memang best kalau dapat camnie kan. Untuk tahu Perbezaan Hosting dan Domain, korang boleh baca kat sini ye.

4)Loading Page Laju

Kebiasaannya Loading Page blog yang menggunakan hosting sendiri akan lebih laju berbanding dengan mereka yang menggunakan hosting percuma seperti blogspot. Kalau korang tak percaya, cuba la bandingkan blog yang guna hosting sendiri dengan yang menggunakan subdomain blogspot.com. Tapi blog Jamal nie bukan guna hosting sendiri tau, hosting still guna blogspot.com. Cuma Jamal pakai domain sendiri je sebab dalam proses belajar lagi nie untuk bertukar ke hosting sendiri.

Tetapi perlu diingat bahawa Loading Page juga berkaitan dengan content dan widget di blog korang. Sekiranya korang letak content dan widget banyak, loading blog korang pastinya akan sedikit lambat. Bila loading page lambat, korang pasti akan kehilangan ramai visitors.

5) Impression pembaca

Menggunakan hosting dan domain sendiri membuatkan blog korang nampak “mahal”. Kalau korang jual barang dari web berdomain sendiri, pengunjung akan nampak yang korang ni serius berniaga. Dan kalau blog korang berhosting dan berdomain sendiri, pastinya impression pengunjung terhadap blog korang akan jadi tinggi kerana menunjukkan sedikit professional. Impression pembaca itu sangat penting untuk menarik mereka datang lagi dan turut sama mempromosikan blog kita kepada orang lain.

6) Advertiser lebih berminat untuk mengiklankan produk/servis mereka di web yang berdomain dan hosting sendiri.

7) Boleh jual balik nama domain yang korang beli tue sekiranya korang tidak berminat untuk berblogging lagi. Bisnes jual beli domain nie pun boleh buat duit kalau korang rajin belajar.

Jadi ada apa2 yang pelik yang yang korang discover dengan domain baru daku ni? kalau ada yang tak kena di skrin sila bgtau ye...Sedang dalam proses mengumpul semula blog dalam bloglist ni, daku tak reti back up hehehehhe....

Labels: , , ,