SUZUKI lancar model sedan pertama | SUZUKI Kizashi

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd, anak syarikat DRB Hicom Bhd yang menjadi pengedar rasmi kenderaan Suzuki di Malaysia, melancarkan Suzuki Kizashi, kereta sedan pertama jenama berkenaan, di pasaran tempatan semalam.

Penasihat Eksekutifnya, Kenjiro Matsumoto, berkata kereta yang dilengkapi dengan enjin 2.4 liter itu, ditawarkan dalam dua varian iaitu versi standard dan sport dengan masing-masing dijual pada harga atas jalan sebanyak RM147,888 dan RM158,188.

Katanya, model itu disasarkan kepada golongan berpendidikan tinggi berusia antara 30 hingga 40 tahun serta pelanggan yang menginginkan kereta kompak premium.

"Ia juga adalah model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. Sehingga 99 peratus komponen dalam model ini dikeluarkan di Jepun kecuali lampu depannya yang dikeluarkan di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran kereta itu di Kuala Lumpur semalam.


Labels: , ,