Tomyam De'Chiengmai Thai ni memang TERBAIK!!!


De' Chiengmai Thai Seafood Restaurant

Ini kali kedua makan di sini. Entry sebelum ni pon 
menceritakan tentang restaurant ni jugak. 
Yang membuatkan kami nak datang lagi tu sebab 
tomyamnya memang sedap sangat!!!
Very recommended tau korang!!! Harga agak mahal,
tapi korang takkan rasa rugi sebab taste makanan tu tak mengecewakan.
Tak pernah dapat makan tomyam sedap mcm ni


 
 Butter prawn, asparagus, tomyam besh!!!


Inilah antara menu santapan kami Ahad lepas.
Sesekali nak belanja suami dan anak2ku makan.
Last time hubby yang belanja, time daku belanja ni 
ada tambahan ikan 3 rasa pulak..
Yang anak2 tu dapat makan air buah longan tu,
tak ingat nak makan nasi dah tau...


 
 Ikan siakap 3 rasa, air longan..

Keseluruhannya memang selera tomyam ni sesuai dengan tekak kami.
Tempat dia memang selesa dan relax sangat..
Kalau makan lauk je pon dah cukup kenyang..
Nasi dia letak dalam bekas kecik tu mula2 nampak macam tak cukup je,
bila makanan dah masuk perut terus jadik full kekekke..

Seronok sangat dapat makan
Kalau last time makan totalnya RM90,
Kali ni RM132, sedap sangat berbaloi..
alhamdulillahh

Labels: , ,