(Eksklusif) Video Honeymoon Lisa Surihani dan Yusry di Switzerland




KUALA LUMPUR, 16 MAC 2012: Menghangatkan lagi episod pertama program hiburan dan gosip terbaru Propaganza yang akan bersiaran pada 18 Mac ini (Ahad)di Astro Ria (saluran 104) krew rancangan berkenaan bakal mempersembahkan hidangan eksklusif lagi panas buat penggemar industri hiburan tanah air.

Peminat pasangan bahagia Yusry KRU dan Lisa Surihani pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan rakaman video eksklusif merpati dua sejoli berkenaan ketika berbulan madu di Switzerland baru-baru ini.

Yusry KRU dan Lisa Surihani telah berbesar hati berkongsi secebis kebahagiaan mereka di negara beriklim sejuk berkenaan untuk menjadi tatapan peminatnya dan khususnya penonton Propaganza.


Labels: , ,