YouTube.com.my kini dilancarkan




Youtube Malaysia telahpun dilancarkan secara rasminya di The Zebra Square, Kuala Lumpur pada Rabu lalu. Domain YouTube.com.my kini sudah pun kelihatan aktif, dan membawa kepada laman utama YouTube. Ini sekaligus memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir.

Melalui pelancaran YouTube versi tempatan tersebut, ia bakal menawarkan pencarian dan penemuan kandungan tempatan dengan lebih mudah, disamping membawakan YouTube Partners kepada para pengguna dan mereka yang menghasilkan kandungan video di Malaysia.

Semoga kemudahan yang kita peroleh ini akan dapat digunakan untuk kebaikan sebaik mungkin. Maklumlah, zaman dah berubah dan Youtube adalah salah satu medium terpenting untuk menyebarkan maklumat. So, biarlah berpada-pada.

Labels: