ABPBH 2011 - Aaron Aziz Bintang Paling Popular 2011?

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ( ABPBH ) 2011 semakin sampai ke kemuncak. Malam esok, pentas berprestij Arena Of Stars, Genting Highland bakal menyaksikan seorang lagi selebriti dinobatkan selaku Bintang Paling Popular 2011. Mungkinkah trofi tersebut akan bertukar tangan atau masih kekal menjadi milik Shaheizy Sam? Semuanya akan terjawab esok.

Apa yang pasti, ramalan dari rakan artis dan peminat seolah-olah mengatakan Aaron Aziz bakal mengungguli gelaran tersebut. GUA berkesempatan menemubual Aaron sewaktu di satu majlis bersama Lord’s Tailor semalam.

“ Ramai yang lagi hebat. Saya rasa persaingan cukup sengit. Shaheizy Sam dan Zizan Raja Lawak antara nama yang menjadi sebutan dan pilihan juga. Peluang semua orang pun terbuka dan ada kemungkinan untuk bergelar Bintang Paling Popular “, ujar pelakon Nora Elena ini.

GUA juga sempat bertanyakan Aaron perasaan beliau menjadi finalis dalam 2 kategori kali ini. Beliau yang segak berpakaian serba perak menyatakan rasa syukurnya kerana peminat masih menerima kehadirannya dalam dunia lakonan tanahair.

“ Alhamdulillah. Saya rasa bersyukur kerana peminat masih menghargai bakat dan lakonan saya. Kalau saya tak menang pun tidak mengapa. Saya tidak akan sesekali patah semangat dan kurangkan penglibatan saya dalam dunia seni “, jelas bapa kepada 3 orang anak ini.

ABPBH kali ini juga menyaksikan Aaron bakal menghangatkan kesejukan Genting Highland menerusi segmen khas persembahan Ombak Rindu. Mini-sketsa yang dibawakan khas oleh tenaga produksi ABPBH ini juga bakal menyaksikan penampilan istimewa Maya Karin dan Lisa Surihani.


Labels: