Basikal Baru Najiha..Taraaa

 
Putih itu suci


Alhamdulillah tertunai sudah hasrat hati Najiha ingin berbasikal baru. Bukan tak mahu menunaikannya sejak dulu, tapi mengingatkan faktor keselamatan anak2 ni, biarlah Najiha besar sikit dan dah pandai nak jaga diri sendiri dulu kan. Lagi satu tak tahan telinga ni asyik mendengar perebutan basikal Najwa nan satu tu je kan, so that's why yang abah dah bagi green light kat Najiha. Tapi dengan syarat kene belajar pandai2 tau. Suke tengok basikal ini, putih itu bersih dan suci kekekke. Harga asalnya ialah RM288, pas diskaun dapatlah RM240. Ini ibu yang nego tau, susah betul apek tu nak bagi diskaun memula tu. Tapi ngayatlah sikit kan...Kata nak murah ;). 

 
 Cat bike

Seronok bukan mainlah si Najiha. Manakala Najwa berendam air mata tak dapat basikal baru. Padahal rasa itu dah lama Najiha rasa dulu masa memula Najwa dapat beskal baru tau kekeke, pepandai je ibu dia meng'interprestasikan' rasa Najwa tu. Tapi bila dah dipujuk dan dibawa berbincang kekdahnya, Najwa dapat menerima kenyataan yang kali ini giliran adiknya pula kan...Adam? Dia kool je bebeh!!! Janji basikal Najiha yang lama tu dapat kat Adam itu sudah cukup buat anak bujangku itu hehehhe...Baiknya Adam..Lagipun dia tak ngerti apa2 lagi kan. Bolehlah tak meragam dia tu...


 
 Seronok kekdahnya

Posing sakan ye dengan basikal baru dia tu. Ibu dan abah usah katalah, dah lenjan pon beskal baru Najiha ni kekekek, sib bek tak patah tayar kecik dia tu hehehe, teringin tengok bebudak seronok berbasikal, tu yang naik jugak tu. Semalam kitaorg bawak anak2 ke Tasik Putrajaya, abah rajin jogging kat sini. View dia pon cantik sangat. Udara segar, pemandangan cantik, banyak pokok2, ikan2...Bak kata orang, sejum mata memandanglah..

 
 Hehhehe nak tumpang

Tengoklah ibu dia tu kan, pon sakan posing jugak, gedik betul kekekkee…Kitaorang gerak dari rumah seawal jam 6:30pagi, sebab kalau sampai lewat nanti matahari dah tegak atas kepala. Nanti dah panas tak best nk mengayuh kan..Seronok tau, dah lama tak dapat menikmati keindahan alam ini. Sejuk dan segar badan bangun pepagi macam ni. Ramai jugak yang beriadah kat sini. Ikan pon banyak, abah kata nk bawak tangguk minggu depan, kekekeke nanti tak pasal2 kita pulak kene tangguk bah hehehehe....


 
Sejuk mata memandang

Tenangnya

Tengok view dia cantik kan..siap ada bayang2 lagi..Tengok pemandangan ni memang mendamaikan..Sesuai untuk mereka yang ingin menenangkan fikiran, Hhehehhe macam berserabut jek kan keh keh keh…Untung sapa yang duduk area Putrajaya ni lah…Kalau hubby memang tiap2 pagilah dia jogging kekdahnya. 

Labels: ,