Cek ke 2 Exabytes Sudah Sampai!


Abis lencun hehehe


Ini kali kedua daku terima cek dari Exabytes. Sebenarnya tak sampai sebulan pon lagi tepek iklan Exabytes di blog ini. Ceknya pon menderu jek sampai. Syioknya! Heehehhe..Nuffnang dah lama tak bagi BE baru kat blog ini. Takpelah malas nak mengharap kan..Kalau ada itu bonus, kalau takde belum rezeki kekekekek. Pastu tengok envelope dia lencun seh sebab kene hujan kan. Posmen tak dapat nak letak kat postbox sebab pagar daku telah menghalangnya. Risau je kalau2 cek ni koyak kan.



Syukurlah cek tak koyak


Cek Pertama Exabytes daku terima pada 22/1/2012 yang lalu. Tempoh untuk menepek iklan exabytes ini adalah untuk tempoh masa 3 bulan. Dulu daku dapat RM50, kali ini RM60 Alhamdulillah. Biasanya daku bank in cek ini dalam akaun Maybank ku yang mana ianya Auto Debit untuk duit Insurance Najwa. Menabung jugak kan. Kalau dulu daku tepek kat leaderboard, sekarang ni di sidebar pulak.

Jenuh nak maintain traffik 300 UV klik sehari kan. That's why korang tengok daku 'up' entry macam2 untuk make sure traffik tu banyak tu. Nanti pihak Exabytes hold my cek pulak kalau tak sampai UV klik yang diorang tetapkan tu. Oklah terima kasih jugak untuk pembaca2 yang sudi menjenguk blog daku ini. Tanpa korang daku tak dapat cek ini. Eh, macam ucapan Anugerah ABPBH pulak kan kakakakkakka.....Terima Kasih ye!!


Labels: , ,