(Gambar) Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai



Rata-rata blog memperkatakan tentang pernikahan Fasha Sandha dan Jejai ini. Tiada apa yang ingin dilafazkan selain mendoakan yang terbaik buat mereka. Yang pasti semoga berkekalanlah sehingga akhir hayat kan.

"Aktres sensasi Nur Fasha Sandha Hassan, 28, (Fasha) sah bergelar isteri kepada usahawan Rizal Ashram Ramli, 36, (Jejai) di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini, malam Jumaat.



Pasangan itu dinikahkan oleh bapa kandung Fasha iaitu Hassan Umbichi Moideen kira-kira pada pukul 9.45 malam bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad.

Rizal Ashram melafazkan nikah sebanyak dua kali. Fasha menerima mas kahwin sebanyak RM8888.88 tetapi enggan mendedahkan jumlah wang hantaran kepada umum.



Fasha menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa beg tangan berjenama Louis Vuitton, senaskhah Al-Quran dan sejadah, sebentuk cincin, coklat, Samsung Galaxy Note, mas kahwin dan tepak sireh.


Sebagai balasan, Jejai pula menerima sembilan dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Salvatore Ferragamo, tali leher dan tali pinggang Louis Vuitton, sebuah buku motivasi, set penjagaan lelaki Dolce & Gabbana, coklat dan sebentuk cincin daripada pengantin perempuan."

Labels: , ,