Isteri Nabil Raja Lawak Hamil 5 Minggu

Tahniah Diucapkan kepada Nabil dan Zira yang bakal bergelar ibu dan ayah. Semoga kandungan Zira sihat dan bakal menimang cahayamata yang comel.

Hero Raja Lawak yang tidak asing lagi Nabil kini bersyukur dan berasa gembira kerana isterinya, Zira disahkan hamil lima minggu. Zira berasa tidak sedap badan dan menyuruh Nabil membeli ujian kehamilan dan keputusannya positif. Tahniah!

“Pagi tadi saya rasa tak sedap badan jadi saya menyuruh Nabil membeli kit kehamilan untuk mengetahui sama ada saya berbadan dua atau sebaliknya. Alhamdulillah, keputusannya positif dan kami sepakat untuk mendapatkan pengesahan di sebuah klinik.”

Nabil sangat teruja bakal bergelar bapa kerana memang mereka menanti-nantikan kehadiran orang baru di alam rumahtangga mereka.

“Syukur usaha kami untuk mendapatkan anak akhirnya dimakbulkan. Doktor mengesahkan saya mengandung lebih lima minggu. Soal jantina anak masih awal untuk saya perkatakan. Apa yang penting biarlah zuriat kami sihat dan sempurna.” – Zira

Labels: