Kambing Goreng JM Bariani House Terbaik!!


 
JM Bariani House, Prima Sri Gombak 
 
Minta Perhatian! Entry kali ini penuh dengan gambar-gambar yang menggugat selera para pembaca. Kerjasama anda diperlukan untuk duduk bersabar dan membaca entry ini hingga habis ;). First time atau pertama kali itu memang best! Bab-bab makan memang serah padaku. 

Kali ini mencuba untuk pertama kalinya menjejak ke JM Bariani House. Daku ni peminat kambing, tak kisahlah kari kambing ke, kambing goreng ke. Bagi yang pernah makan kat kedai mamak Jalan Chan Sou Lin, kari kambing dia memang terbaekkk!!
 


 Fried Ribs Rosemary

Menu kali ini adalah Fried Ribs Rosemary. Pergghhh kata kau! Memang sedap. Maaf ye, memang macam inilah sifat orang suke makan kan, kalau sedap memanglah dia kata sedap.Kitaorang pilih menu pon tak banyak, nasi beriani 3 pinggan, rojak dan juga kambing goreng ni.


Nasi Beriani

 Makan nasi dan kambing pon dah cukup kenyang rasanya. Syukurla tak amik lauk banyak sangat, yang ni pon jenuh nak ngabihkannya. Anak2 suke makan nasi beriani ni, lembut dan terasa rempah2 dia tu. Nak try buat macam ni memang mimpilah kekdahnya ;).


 
Fried Ribs Rosemary
 
Yang kambing ni pulak, walaupun goreng macam tu je, terasa crunchy nya tu. Cicah dengan sos black pepper, ehhhh wallah!!! Terasa kerangupan daging dan lelemak kambing tu heheheh...Dah lama bukak JM Bariani House ni, baru dapat merasa ;).

 
Rojak
  
 
  
Milo panas dan Milo Ais

Ada satu kisah di sebalik gambar air milo ais tu, Najwa tertumpahkan air milo yang baru sikit diminumnya. Daku and hubby taklah tengking Najwa, just buat muka dan berbisik "kenapa Najwa ni?" Pastu staff diorang datang bersihkan meja kami yang banjir dek air milo ais. 

Kemudian tanpa disangka, diorang gantikan dengan air milo yang baru. Padahal kami tidak order pun sebenarnya. dan yang bestnya ianya FOC. Hehhehe memang layanan pon terbaiklah...

 
 
 Sedap ye Najiha?
 

 
 Alhamdulillah
 

Memang recommended untuk anda mencubanya, pastu kalau kawan2 ada tempat makan yang menyajikan hidangan kambing, bolehlah bagitau ek, blehla pi try nanti hehehehe....Owh ye, jumlah bil masa makan tu ialah RM51 sahaja. Berbaloi jugak dengan harga dan hidangan mereka itu. Alhamdulillah...

Labels: , , , ,