Kami pon join bersih juga ^_^

TQ hubby atas kerjasama ^_^

Jiran-jiran semua menegur, "Nak raya ke cat rumah ni?" Hahahha, daku jawab, "Takdelah kak, tetiba semangat datang berkobar-kobar pulak. Ni kene tempias bersihlah ni", hehehhehe...Ha jangan tak tau daku pon seronok-seronok nak mem"BERSIH"kan rumah jugak ni, asyik tengok dinding putih jek, sesekali nak berubah angin jugak.

Daku ni memang minat sangat dengan english style, so pemilihan kaler kali ini, bukan merah atau kuning tetapi hijau epal. Terasa macam duduk dalam hutan pon ye kekekkeke...Suke tgk gandingan hijau putih, tapi yang ni belum siap sepenuhnya lagi. Hubby penat nak layan bini dia yang tengah semangat giler ni.

So semalam kul 10 pagi gi beli cat di Sri Gombak bawah tu. Pastu kul 12 tengahari dah mula mengecat sampai kul 7 malam. Disebabkan daku yang beria nak mengecat, so daku jugaklah yang kene settle kan keje ni, biarpun hubby dah start lending kat sofa, ngeeee geget jarilah kan, sapa suruh nak ngecat kan, ha catlah sampai lebam hehehhe...

 Anak-anak? Suke nak "menolong". Takpe bagi je berus cat sorang satu, Najwa, Najiha dan Adam, 10 minit pertama je diorang sibuk nak "tolong". Pastu semua surrender!! HAHAHHAA...so janganlah herdik atau marah kalau diorang nak tolong, biarkan je, pastu secara sukarela angkat kaki pergi main basikal dan kaler buku pulak. Syukur ;)

Hari ini daku bercuti sebab nak settlekan rumah ini, hubby pegi keje, anak-anak pegi sekolah dan rumah pengasuh. Ibu? update bloglah hahhahaha...dah2, daku settlekan rumah dulu ye, nanti dah siap semua, daku kongsikan gambar-gambar terkini ye, kengkonon lah hehehhehe....




Labels: , , , , ,