Nama sebenar Aaron Aziz bukan Mat Haron

Tiada siapa yang akan menduga nama sebenar Aaron Aziz akan menjadi kontroversi di internet menerusi laman sosial,apabila tersebarnya sekeping foto yang di dakwa kad pengenalan asal Aaron Aziz yang menunjukkan nama Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mustafa.

Menariknya ramai yang merasakan nama sebenar Aaron Aziz mengelikan hati mereka,sehinggakan mencetuskan gelihati yang tidak terhingga

Namun hakikatnya salinan foto kad pengenalan yang tersebar di internet,bukanlah nama sebenar Aaron Aziz,apabila sebuah portal hiburan mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak yang berkaitan

Bagi mendapatkan kepastian, portal murai.com.my telah menghubungi Diyana yang merupakan pengurus dan juga isterinya bagi mendapatkan keterangan lanjut daripada mulut Aaron sendiri mengenai hal ini.

“Apa yang saya boleh pastikan, dakwaan tersebut adalah palsu semata-mata. Nama sebenar Aaron ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya Mat Haron Mustapha Bin Mat Aziz Mat Mustapha seperti yang didakwa dan seperti yang tertulis dalam kad pengenalan berkenaan.

Labels: